TERMA dan SYARAT


#Terma 1 : Umum dan asas

1. Apabila anda menghubungi Jun's Studio anda telah memahami dan bersetuju dengan segala syarat yang terkandung di dalam web ini.

2. Jun's Studio berhak untuk tidak meneruskan urusniaga kepada individu dan syarikat yang tidak bersetuju dengan isi kandungan web ini.


#Terma 2 : Perubahan Terma

1. Jun's Studio berhak untuk mengubah segala terma, isi kandungan, harga di dalam web ini tanpa notis.


#Terma 3 : Sebelum penyewaan

1. Dokumen lengkap seperti dinyatakan cara sewaan. 

2. Hanya warganegara Malaysia yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu sahaja layak menyewa. For Malaysian Only. No Foreigner.

3. Jika anda mewakili mana-mana pihak untuk menyewa, tanggungjawab adalah diatas nama penyewa sendiri.

4. Penyewa wajib menyemak kondisi barangan sebelum menyewa. Pastikan item berfungsi dengan baik sebelum menyewa untuk mengelakkan sebarang masalah.

5. Setiap kamera/peralatan disewa mungkin mempunyai aturcara (setting) berlainan yang diubah kepada keselesaan penyewa sebelumnya. Jika tidak biasa, penyewa dinasihatkan untuk memahami cara menggunakan peralatan tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk tujuan sebenar. Jun's Studio tidak akan memberi gantirugi sekiranya berlaku masalah disebabkan hal berkaitan aturcara tidak betul.


#Terma 4 : Ketika penyewaan

1. Di dalam tempoh sewa, setiap penyewa wajib bertanggungjawab menjaga setiap item disewa dengan cermat.

2. Sebarang kecuaian yang menyebabkan kerosakan adalah tanggungjawab penyewa, dan penyewa bersedia untuk membayar segala kos/gantirugi jika berlaku kerosakan.

3. Tambahan cas akan dikenakan jika terdapat tambahan calar kasar atau tahap guna tinggi berbanding kondisi asal.

4. Jun's Studio sedaya upaya untuk menyediakan peralatan dengan keadaan terbaik dan bebas masalah. Namun jika berlaku sebarang masalah Jun's Studio tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung segala kerugian atau kos berkaitan jika item yang disewa rosak (secara semulajadi) ketika tempoh menyewa. Sebaliknya, rentaru.my juga tidak akan mengenakan sebarang cas (jika rosak semulajadi sahaja, bukan kecuaian).


 #Terma 5 : Kiraan Hari

1. Kiraan berdasarkan 8-11pagi ke 8-11pagi berikutnya atau 8-11malam ke 8-11malam berikutnya sebagai sehari.

2. Pengambilan/pemulangan adalah wajib mengikut waktu sebenar. 

3. Sesi pengambilan luar waktu hanya boleh dipertimbangkan mengikut keadaan untuk sewaan pada hari kejadian sahaja jika perlu dan kecemasan. Walau bagaimanapun pulangan wajib mengikut sesi.

3. Contoh jika mengambil antara jam 11.01 pagi hingga 7.59 petang masih dikira diambil pada sesi pagi dan wajib dipulangkan sebelum 11 pagi keesokannya untuk kiraan 1 hari. Jika berlaku kelewatan cas bersamaan 1 hari dikenakan.


#Terma 6 : Bayaran dan Cagaran

1. Bayaran penuh hendaklah selesai sebelum atau semasa mengambil barang sahaja.

2. Jika menggunakan pindahan bank, bayaran diwajibkan menggunakan IBT (Instant Transfer) dan bukannya IBG (Giro Transfer). Jika menggunakan GIRO, bayaran hanya dikira sebagai diterima setelah transaksi masuk dipaparkan di dalam akaun Jun's Studio. Tiada pelepasan diberikan walaupun mempunyai bukti atau resit.

2. Bayaran dalam bentuk lain sama ada cek, kad kredit, PO atau dengan membawa maksud hutang atau bayaran kemudian tidak diterima.

3. Asasnya tiada bayaran cagaran diperlukan jika sewaan beserta dokumen lengkap untuk pengunaan normal. Namun jika barangan sewaan terlalu banyak dan berisiko tinggi, dokumen lengkap melebihi 1 orang atau cagaran tambahan diperlukan terutamanya melibatkan urusan saat-saat akhir (last minute) atau segera/kelam kabut (urgent).


#Terma 7: Tempahan Tarikh

1. Jun's Studio mengamalkan polisi tempahan tarikh beserta dengan bayaran sahaja.

2. Jika ingin tempahan tarikh, sila buat pembayaran bayaran penuh, sama ada melalui pindahan bank atau tunai untuk 1 jam selepas persetujuaan.

3. Tempahan tarikh tanpa sebarang pembayaran tidak akan diterima. Jun's Studio berhak untuk menyewakannya kepada pelanggan yang terlebih dahulu membuat pembayaran tanpa peringatan.


#Terma 8: Pembatalan dan Kembalian Wang

1. Deposit tempahan tarikh dalam #terma 7 tidak akan dipulangkan jika berlaku pembatalan tetapi nilai yang sama boleh digunakan untuk sewaan akan datang dalam tempoh satu bulan selepas pembatalan, jika barangan belum diambil sahaja. Jika tiada sewaan pada tempoh tersebut, deposit akan dilupuskan.

2. Jika barangan telah diserahkan, pelanggan telah tahu bahawa segala kos dan risiko sudah bermula untuk pihak Jun's Studio. 

3. Tiada pemulangan wang sekiranya alasan seperti berikut

i. tidak digunakan atau tidak sempat digunakan

ii. dipulangkan awal dari tempoh sewa sebenar

iii. tersalah tempahan

v. peralatan tidak dapat digunakan disebabkan peralatan sendiri rosak/tidak sesuai/spesifikasi berlainan. Contoh : sewa lens dari Jun's Studio, tetapi kamera sendiri rosak/tidak sesuai, atau sewaan kabel tidak sama spesifikasi kamera sendiri

iv. tiada pengetahuan penggunaan atau setup tidak menjadi

iv. pembatalan dari pihak ketiga

4. Pulangan wang hanya berlaku jika

i. kerosakan semulajadi dan tidak dijangka peralatan seperti shutter, aperture dan autofokus rosak

ii. kesalahan yang berpunca dari Jun's Studio terlepas pandang atau luar kawalan. contoh; barangan yang ingin disewa rosak sebelum diambil, atau barangan yang bakal diambil masih tidak dipulangkan penyewa lain.


#Terma 9: Kelewatan

1. Untuk menjamin urusniaga yang lancar antara pelanggan dan Jun's Studio serta pelanggan lain, kelewatan adalah tidak dibenarkan.

2. Jika ada kelewatan yang tidak disengajakan, sila hubungi Jun's Studio terlebih dahulu untuk perbincangan.

3. Kegagalan berbuat demikian tanpa sebab munasabah akan dicas tambahan mengikut kadar 2 ganda harga sewaan asal.

4. Jika berlaku kelewatan selama 12jam tanpa sebarang maklumbalas, Jun's Studio akan mengklasifikasikannya sebagai kes curi.



#Terma 10 : Maklumat peribadi

1. Sewaan di Jun's Studio tidak memerlukan cagaran (security deposit).

2. Maklumat peribadi diperlukan bagi menjamin keselamatan barangan hak milik Jun's Studio. Jun's Studio akan mengambil gambar penyewa bersama barangan yang disewa untuk tujuan simpanan keselamatan.

3. Maklumat adalah sulit/rahsia dan tidak diserahkan ke pihak lain kecuali berlaku kes penipuan atau tidak bertanggungjawab dari pihak penyewa.

4. Maklumat adalah wajib dan tiada pengecualian. Jika enggan bekerjasama memberi maklumat yang diperlukan untuk menyewa, Jun's Studio berhak menolak untuk meneruskan urusniaga tanpa sebarang maklumbalas.

5. Maklumat tidak lengkap, akaun media sosial tidak aktif, profile lock/private tidak akan dibenarkan sewa.


#Terma 11 : Tuntutan gantirugi

1. Jun's Studio berhak menggunakan maklumat peribadi yang ada untuk tujuan tuntutan kes atau kerugian di laman facebook, blog atau sebagainya.


#Terma 12 : Pelanggan Ulangan

1. Sewaan seterusnya dari pelanggan yang sama dianggap memahami segala syarat dan terma dan termasuk perubahan web ini.