SELAMAT DATANG!


Terma dan Syarat untuk Swafoto :

  1. Kami menggunakan sistem booking / tempahan untuk keselesaan atau privasi para pelanggan. Jadi para pelanggan dinasihatan untuk datang ke studio “on-time” mengikut waktu yang telah di tempah / booking. Kelewatan pelanggan dikira cancel.
  2. Booking adalah dengan bayaran penuh dan wang tidak akan dikembalikan sekiranya anda cancel.
  3. Pelanggan boleh membawa props sendiri, makanan dan minuman HALAL. Namun pelanggan tidak dibenarkan membawa Haiwan peliharaan seperti Anjing dan Kucing.
  4. Format gambar adalah : Portrait sahaja, tiada edit dan dalam bentuk Jpeg, jadi pelanggan dinasihatkan untuk merancang dahulu gaya dan pose semasa bergambar. Swafoto sesuai untuk di print berskala kecil seperti saiz 4R.
  5. Satu sesi hanya boleh guna satu warna backdrop.
  6. Pelanggan dilarang menyentuh / mengalih segala equipment di studio seperti Kamera / Lampu / Tripod. Jika terjatuh dan mengalami kerosakkan pelanggan di minta untuk membayar ganti rugi.
  7. Masa akan dikira menggunakan timer dan tiada “pause” masa.
  8. Gambar akan dapat selepas sesi sama ada melalui “Air-drop” ataupun google drive.


Terima Kasih!